Gua Kelam, Perlis
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dari Perancis dan seorang dari London.[1]