Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Ahad, 12 Februari 2012

4 TANDA-TANDA HIDUP KITA TIDAK BERKAT

 
 
 
 Dari segi bahasa berkat atau “barakah” bermaksud bertambah dan berkembang. ia menunjukkan ‘kebaikan yang banyak’.
 
Jika sebelum makan kita mohon Allah memberkati makanan kita, maksudnya kita minta makanan itu bermanafaat untuk kesihatan tubuh badan kita supaya tubuh kita kuat, tidak berpenyakit dan jiwa terasa ringan untuk melakukan benda yang bermanaafaat untuk hidup kita di dunia dan di akhirat.
Tapi, selain dari keberkatan rezeki, keberktan ‘waktu’ juga penting.

Keberkatan waktu bermaksud keberkatan hidup. Kita di ciptakan untuk tugas yang banyak dan penting. “Waktu” adalah modal utama kita untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah.
Tanpa keberkatan ‘waktu’ dan pengurusan masa yang bijak, sukar untuk kita melaksanakan amanah yang banyak dalam hidup kita yang singkat di dunia ini.
Dan keberkatan waktu dan rezeki ini hanya boleh di dapati dengan iman dan taqwa sahaja.

Firman Allah swt:
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi,(kemakmuran) tetapi mereka mendustakan [ayat-ayat Kami] itu, maka Kami siksa mereka (dengan kemiskinan dan kekacauan ) disebabkan perbuatannya. Al-’Araf (96).

Sebab itu kita lihat ulama-ulama dahulu dapat melakukan banyak perkara dalam hidup mereka yang penuh berkat. Ada yang menulis beratus-ratus kitab yang tebalnya berjilid-jilid disamping mengajar dan mempunyai beribu-ribu murid.
 
Keberkatan tu sangat penting. Hidup tak berkat, maknanya hidup jadi tunggang langgang. Kalau hidup tak berkat, susah nak rasa bahagia.

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah.Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Perkongsian ilmu dari PAKARHOWTO & Cetusanhati.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...