Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Rabu, 22 September 2010

LAWATAN KE GUA KELAM PERLIS

Gua Kelam, Perlis

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dari Perancis dan seorang dari London.[1]

LAWATAN KE RUMAH P.RAMLI PENANG



Rumah P. Ramlee
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road) di Pulau Pinang, Malaysia. Bangunan ini merupakan rumah kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P. Ramlee, penyanyi, pelakon, penggubah dan juga pengarah.
Asalnya ia dibina pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah saudaranya, rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Barangan yang dipamerkan di sana termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.

Selasa, 21 September 2010

KAMPUNG JAWA, YAN BESAR, KEDAH.


Yan, Kedah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani.
Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.
Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.
Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.
Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.
Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan reakreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:
  1. Hutan Lipur Gurun Kuari
  2. Hutan Lipur Perigi
  3. Hutan Lipur Sungai Teroi
  4. Hutan Lipur Sungai Kunyit
  5. Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)
  6. Hutan Reakreasi Sri Perigi
  7. Hutan Rekreasi Batu Hampar
  8. Teroi Dee Tok Chen Lubuk Kawah
Oleh yang demikian, daerah Yan merupakan satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan beriadah bersama keluarga. Ini adalah kerana daerah ini mempunyai kawasan alam semulajadi yang indah, iaitu kawasan laut (pantai) yang indah, kawasan air terjun, sungai, gunung dan perkampungan Melayu yang belum pernah diubah.

Sabtu, 4 September 2010

PEMBURUAN DI GUNUNG JERAI

Gunung Jerai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gunung Jerai
[[Imej:|frames|300px]]
Maklumat ringkas
Negara
Negeri
Kedah
Daerah
Kuala Muda
Mukim
Yan
Kampung
-
Jenis gunung
Hutan Dipterokarpa
Taraf gunung

Letupan terakhir

Tinggi
1,217 meter
3,992
kaki
Koordinat

'''''
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter.
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.

Isi kandungan
Asal usul
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Gunung Rekreasi
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. (Sumber : Wikipedia)

Khamis, 2 September 2010

My Family

SANURI BIN OTHMAN 
JULIAH BINTI MEHAT
MUHAMMAD MUSTAQIM
MUHAMMAD MUBASSYIR
MUHAMMAD MUHAIMIN
NUR MUFIRRAH
MUHAMMAD HARIS FAZDHILAH
MUHAMMAD DARWISY

LAWATAN KE MUZIUM KOTA KAYANG, PERLIS.

Terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk Dihubungi

Y.M. Tengku Intan Rahimah binti Tengku Mat Saman - Kurator (intan@jmm.gov.my)

Kemudahan pengangkutan

Pengunjung boleh menaiki teksi dengan harga tambang yang berpatutan.

Tempat-tempat menarik berhampiran

Kedai Cenderahati

Kemudahan Lain

Taman rekreasi, empat letak kereta dan tandas awam

Peta Lokasi


View Muzium Kota Kayang in a larger map
Address: 
Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
Tel: 
04-977 0027
Fax: 
04-978 2678



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...