Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Jumaat, 22 Oktober 2010

CARA HADAPI MASALAH NYAMUK


Kenali Siapa Nyamuk Dulu.......

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Nyamuk Aedes aegypti
Lihat teks.

Nyamuk adalah
serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 35 genera yang merangkumi 2700 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.
Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).
Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain.
Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies - dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupae biasanya seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thorakis ( thoracic ) terdapat pada gelung thorakis. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti Wyeomyia hidup dalam keadaan luar biasa. Jentik-jentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan epifit ( epiphytic bromeliad ) atau di dalam air tergenang dalam pokok periuk kera. Jentik-jentik spesies genus Deinocerites hidup di dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.
Kebanyakan kawalan nyamuk moden tidak lagi bergantung kepada racun serangga merbahaya tetapi menjurus kepada organisma khusus yang memakan nyamuk, atau menjangkiti mereka dengan penyakit yang membunuh mereka. Kaedah tersebut boleh digunakan walaupun di Kawasan Perlindungan, seperti "Forsyth refuge" dan Seaview Marriott Golf Resort, di mana kawalan nyamuk utama dilaksanakan dan dipantau menggunakan "killifish" dan belut muda. Keberkesanannya didokumen dengan menggunakan mikroskop maju bawah air seperti ecoSCOPE. Bagaimanapun, wabak penyakit bawaan nyamuk masih menyebabkan penyemburan dengan bahan kimia yang kurang beracun (toksik) berbanding yang digunakan pada masa lalu.
Pepatung ( Dragonfly ), juga dikenali sebagai helang nyamuk ( mosquito hawks ), merupakan agen pengawal yang berkesan. Larva Pepatung (naiads) memakan jentik-jentik dalam takungan air sementara pepatung dewasa pula memburu dan memakan nyamuk dewasa, terutamanya nyamuk harimau asia yang terbang pada waktu siang. Penyemburan nyamuk boleh memburukkan keadaan dan meningkatkan populasi nyamuk dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya penyemburan itu menghapuskan pepatung dan pemangsa semulajadi yang lain.
Sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat. Virus Nil Barat disebarkan secara tidak sengaja ke Amerika Syarikat pada tahun 1999 dan pada tahun 2003 telah merebak keseluruh negeri dalam Amerika Syarikat.
Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5 km/h.
Penghalau nyamuk biasanya mempunyai kandungan aktif berikut: DEET, sulingan minyak Catnip - Nepetalactone, Citronella atau sulingan minyak eucalyptus.

Bibliography
  • Gillett, J. D. 1972. The Mosquito: Its Life, Activities and Impact on Human Affairs. Doubleday, Garden City, NY, 358 p. ISBN 0-385-01179-2
  • Spielman, A., and M. D'Antonio. 2001. Mosquito: A Natural History of Our Most Persistent and Deadly Foe. Hyperion Press, New York, 256 p. ISBN 0-7868-6781-7
Pautan luar



CARA MUDAH DAN MURAH MEMERANGKAP NYAMUK

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar perbagai penyakit mematikan. Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang
efisien dan bahkan membawa dampak sampingan yang serius.

         Berikut ini cara
MUDAH dan MURAH yang mesti dicuba. Bahan-bahannya pula mudah didapati di kedai runcit berhampiran.

Sangat KREATIF bila dikenalkan pada para pelajar sekolah sebagai projek atau satu langkah program kempen menghapuskan nyamuk di sekolah dan di rumah masing-masing.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

1.  200 ml air 

2.  50 gram gula merah 

3.  1 gram ragi

4.  1 botol plastik 1,5 liter


LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas atau mulut botol. 

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan 
    Kemudian tuangkan di separuh bahagian potongan bawah botol.

   


3. Tambahkan ragi. Tidak perlu diaduk. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
    
  4. Pasang dan masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi
    terbalik seperti corong. Pastikan mulut botol tidak mencecah air campuran.
     
   
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bahagian atas dan
    diletakkan di beberapa sudut rumah Anda.
 
6.  Dalam dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam   
     botol. Mak oooi banyak betul.
    
  "Hapuskan Nyamuk Aedes dan Demam Denggi”


Selamat mencuba…..
                            dan wawarkan kepada sesiapa….
                                                                                  Selamat Berjaya.

Isnin, 18 Oktober 2010

PEGAGA















BOTANI TANAMAN

 
Pokok:   
Pegaga ialah herba jenis merayap yang kecil dan hidup semusim.
 
Daun:     
Daunnya panjang, berbentuk ginjal dan bulat di hujung. Tekstur daun licin dan tangkai daun panjang (lebih kurang 20 cm).
 
Batang:  Batang jenis merayap (stolons), berwarna hijau kemerahan, melilit antara satu sama lain.
 
Bunga:   
Bunga berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam jambak kecil yang bulat berhampiran dengan permukaan bumi.  Setiap bunga dilinkupi oleh 2 ‘bracts’ berwarna hijau.  Bunga jenis ‘hermaphrodite’, kecil (kurang dari 3 mm) dan setiap bunga mempunyai 5 stamen dan 2 style.
 
Akar/rizom:  
Akar pegaga terdiri dari rizom yang menjalar lurus kebawah.  Rizom berwarna kekuningan dan diselaputi dengan rerambut.
 
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN:  
Seluruh pokok


PENUAIAN HASIL

 
Kematangan tanaman: 3 bulan
 
Cara mengutip hasil: Secara manual.
 
KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

 
Awet muda: daun dimakan mentah sebagai salad.
Tekanan darah tinggi :  air rebusan diminum
Tonik: air rebusan atau jus daun diminum
Luka ulcer:  pupuk pegaga disapukan untuk merawat luka.
 

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

  1. Asiatic acid
  1. Asiaticoside
  1. Madecassic acid
  1. Madecassoside

Ahad, 17 Oktober 2010

KHASIAT BISMILLAH


KHASIAT BISMILLAH










Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.

Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.

Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya. 




"BERUSAHA DAN BERTAWAKAL USAHA KEJAYAAN, INSYALLAH"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...