Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Isnin, 15 Ogos 2011

Kisah Seram Benar :: Ancaman Al-Masih Dajjal

Al-Masihi Dajjal


Kelahiran Bayi Bermata Satu
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?


Bayi ini bukan dajal... Dajjal telah wujud sejak zaman Rasulullah



Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka."



Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya :

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"
Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

? Bila Dajjal Dilahirkan ?
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.


Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim : Siapakah kamu ?

Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?

Tamim : Ya.

Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ?

Tamim : Airnya banyak lagi.

Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?

Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.



Tempat Persembunyian Dajjal
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)" - Riwayat Muslim.


Pulau Bermuda - tempat persembunyian dajal


Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.


Air Tasik Tabariah (Sea of Galilee) semakin berkurangan


Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya ?



Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal."

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, "Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya."
(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Ahad, 7 Ogos 2011

KISAH POKOK BERKATA-KATA

Kejadian Benar :: Pokok berkata-kata kepada Manusia
 Pejuang Islam




Pada awal 2002, negara Palestin heboh dengan kisah pokok yang boleh bercakap dengan manusia. Cerita ini khabarnya terjadi semasa tiga orang pemuda Palestin dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di Ramallah. Mereka bertujuan untuk memeriksa samada terdapat rakan-rakan seperjuangan mereka yang terkorban dalam serangan udara tentera Zionis Yahudi ke atas bandar berkenaan.

Di pertengahan jalan, mereka ternampak seorang pendatang Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Ketiga-tiga pemuda itu pun sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut yang sering melakukan kejahatan kepada masyarakat Islam Palestin.

Namun belum sempat ditangkap, pemuda Yahudi tersebut berjaya melarikan diri. Mereka mengejarnya hingga ke jalan mati, tetapi Yahudi tersebut telah menghilangkan diri. Selepas gagal mencari, mereka memutuskan untuk membatalkan saja niat asal mereka.

Tetapi baru saja mereka berpaling, kedengaran satu suara halus memanggil dan meminta mereka supaya jangan pergi. Mereka saling berpandangan dalam kehairanan. Siapa yang memanggil tadi, sedangkan di situ cuma mereka bertiga sahaja ? Mereka pun menganggap ianya satu kesilapan dan mula beredar.

Sekali lagi ketika melangkah, suara misteri memanggil-manggil mereka semula. Kali ini, suara itu kedengaran lebih jelas. Mereka pun membatalkan niat untuk meninggalkan tempat tersebut dan mula mencari dari mana datangnya suara tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka kerana selepas puas dicari, rupa-rupanya suara misteri itu datangnya daripada sebatang pokok yang berada di situ. Mereka mendekati pokok tersebut dan kedengaran lagi pokok itu berkata-kata dengan lebih jelas.

Pokok itu memberitahu bahawa pemuda Yahudi yang dikejar oleh mereka itu, sedang bersembunyi di belakangnya. Katanya lagi, tidak ada perkara yang lebih utama bagi kamu melainkan membunuhnya kerana Puak-Puak Yahudi itu sendiri yang mula menzalimi penduduk di Palestin.

Mereka pun segera melihat di sebalik pokok yang bercakap tersebut. Ternyata benar apa yang diberitahu oleh pokok tersebut, pemuda Yahudi yang hilang tadi sedang menyorok di situ. Tanpa berlengah lagi, mereka pun membunuh pemuda Yahudi tersebut dan meninggalkan mayatnya di bawah pokok berkenaan.

Dalam waktu yang singkat, berita itu tersebar ke seluruh Bandar Ramallah dan sampai juga ke telinga Puak Yahudi. Kejadian itu telah menakutkan tentera-tentera Israel sehinggakan jumlah tentera mereka semakin berkurangan di Ramallah.

Ramai juga yang kurang percaya tentang kebenaran peristiwa, hinggalah beberapa media utama di Palestin turut menyiarkannya sebagai kejadian yang terbukti benar berlaku. Akhbar Afaq Arabiyyah keluaran 15 Mei 2002 turut menyiarkan kenyataan As-syaheed Sheikh Ahmad Yassin yang juga mengesahkan kesahihan peristiwa tersebut.
 Pejuang Islam  Pejuang Islam


Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pejuang Palestin dan pemimpin Hamas yang sangat dihormati, dalam ulasannya itu berkata, "Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda kemenangan Islam dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian daripada pejuang kami yang syahid dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika dikebumikan"

"Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telah pun berlaku, dan di masa akan datang akan menyaksikan tanda-tanda lain daripada apa yang disampaikan oleh Baginda daripada berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah s.w.t akan datang dan ia tidak mustahil berlaku"

Kemudian beliau memetik sepotong hadis Nabi yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
"Tidak akan berlaku hari Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Lantas orang-orang Islam membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu-batu dan pohon-pohon kayu. Maka berkatalah batu-batu dan pokok-pokok berkenaan : "Wahai hamba Allah ! Ini dia Yahudi di belakangku. Datanglah ke mari dan bunuhlah dia !" Kecuali pohon Gharqad (kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi)"

 Pejuang Islam  Pejuang Islam


As-syaheed Syeikh Ahmad Yassin, Hamas' spiritual leader, was assassinated by an Israel helicopter missile strike on March 21, 2004, as he left a mosque after performing dawn prayer

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin lahir pada 1937 dan berkerusi roda sejak terlibat dalam kemalangan semasa berusia 12 tahun. Beliau adalah pengasas pergerakan Hamas bersama Abdel Aziz Al-Rantissi, pada 1987. Walaupun cacat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah berpendidikan tinggi dan merupakan pejuang yang sangat dihormati.

Orangnya berpendiriannya tegas dan beliau menentang perjanjian damai dengan Israel yang berat sebelah. Baginya juga, Israel mesti dilenyapkan dari Peta Dunia dan bekerjasama dengan Zionis adalah satu jenayah. Oleh itu, jihad menghapuskan Yahudi mesti diteruskan hingga Islam dan Palestin mencapai kemenangan.

Akibatnya, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ditangkap oleh tentera Israel dan dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1997 dalam keadaan hampir buta. Sejak itu, beliau sering menjadi sasaran Israel dan akhirnya pada 22 Mac 2004, beliau terbunuh apabila diserang dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah helikopter tentera Israel ketika sedang disorong oleh pembantunya menuju ke masjid bagi menunaikan Solat Subuh.

 Pejuang Islam  Pejuang Islam

Keadaan mayat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah amat menyedihkan. Dianggarkan seramai 200,000 rakyat Palestin menghadiri pengkebumiannya. 

SUMBER : Kedah2U.com

BATU KARANG



Kajian Penyakit Batu Karang
Daripada kajian Dr.Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga Malaysia mengidap batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2005 sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang telah di HUSM.
Penyakit batu karang terbahagi kepada 2 jenis iaitu  :
i. Batu Karang Dalam Ginjal       
ii. Batu Karang Dalam Hempedu
Batu Karang Dalam Ginjal
Batu yang terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk daripada beberapa jenis bahan kimia melalui pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat, Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine dan Magnesium Pospat Ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Ia terbentuk dalam ginjal, kemudian bergerak ke dalam saluran kencing dan membesar di situ. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu ini menjadi terlalu besar dan mengakibatkan gangguan kepada perjalanan air kencing. Kuman-kuman akan merebak di sini dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal
1.   Rasa pedih ketika kencing
2.   Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
3.   Rasa seperti pasir berada dalam badan
4.   Air kencing kotor & berbau busuk
5.   Rasa sakit di kawasan pinggang
6.   Rasa sakit pada alat sulit
Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal
1.   Peringkat Awal    -   Perubatan Biasa
2.   Peringkat Kedua   -   Pembedahan / Lithotritpsy
3.   Peringkat Serius   -   Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang
Kesan Pemecahan Batu Karang
Bidang perubatan boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan.
Kesan Pemindahan Buah Pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru.
Batu Karang Dalam Hempedu
Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
1.   Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2.   Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3.   Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4.   Rasa loya & muntah tanpa sebab
5.   Badan rasa tidak bermaya
6.   Kurang selera makan
7.   Demam
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak
Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1.   Kerosakan Hati & Pankreas
2.   Hepatitis B (demam kuning)
3.   Kematian
Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu
Pembedahan membuang pundi 

SUMBER : Kedah2u.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...