Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Selasa, 31 Januari 2012

TIP UNTUK UBAH SIKAP


Ada orang tanya saya. Macammana nak ubah sikap dengan mudah? Dia kata dah puas dia berusaha untuk berubah. Tapi tak berjaya sampai sekarang.
Bagi saya, untuk ubah sikap tak begitu mudah. Kita perlu tekan nafsu, lawan perasaan. Dan ini bukan kerja mudah.
Walau tak mudah, tapi tak juga susah. Dengan cara befikir dan tindakan yang betul, insyaAllah sesiapa saja mampu  ubah sikap menjadi lebih baik.
ubah sikap jadi lebih baik
Baiklah, saya kongsikan dengan anda beberapa (30) tindakan yang boleh anda buat untuk ubah sikap anda.
Untuk berubah :
  1. Anda kena ubah cara fikir.
  2. Fikir hanya perkara positif.
  3. Anda perlu fokus benda yang positif dalam hidup.
  4. Lihatlah hikmah atau kebaikan dalam setiap perkara.
  5. Berhenti melihat keburukan.
  6. Berhenti melihat keburukan orang.
  7. Jangan lihat kesalahan orang lain.
  8. Jangan terasa diri tu bagus sangat.
  9. Jauhi sikap sangka buruk.
  10. Anda kena pandai untuk menghargai sesuatu
  11. Belajar menghargai orang lain.
  12. Hargai jasa kawan.
  13. Buang sikap suka berlengah lengah.
  14. Tanamkan sifat suka buat “ON TIME” ( segera ).
  15. Cuba bisikkan pada diri perkataan ini setiap hari “LAKUKAN SEKARANG”. Berhenti daripada sikap suka bertangguh.
  16. Pandang kebaikan pada setiap perkara.
  17. Jangan suka mengkritik orang.
  18. Jangan kutuk orang lain.
  19. Jadilah orang yang optimist
  20. Cakap yang baik saja.
  21. Banyakkan cakap pasal kebahagiaan, pasal kesihatan, pasal hikmah, pasal kelebihan dan pasal kesyukuran.
  22. Ucap syukur dalam semua perkara.
  23. Redha dengan ketentuan Allah.
  24. Jangan sangka buruk dengan Allah.
  25. Sentiasa minta ampun pada Allah atas segala kelemahan dan kelalaian.
  26. Maafkanlah orang lain.
  27. Doakan kebaikan untuk orang lain juga.
  28. Cuba senyum dan ceria selalu.
  29. Jaga tutur kata, ucapkan yang baik-baik saja.
  30. Betulkan cara fikir. Hanya fikirkan kebaikan.
Cuba lakukan sedaya mungkin semua 30 perkara diatas. Kalau tak dapat buat semua, jangan pula tinggalkan semua.
ambil tindakan
Kata kunci untuk berubah ialah AMBIL TINDAKAN. Ayuh, mulakan tindakan anda sekarang!

SUMBER : PakarHowTo

Rabu, 18 Januari 2012

KISAH BAYI SEBELUM LAHIR KE DUNIA FANA

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

SUMBER PAKARHAWTO.COM

Rabu, 11 Januari 2012

TIP CARA MINUM AIR TERBAIK

Air kalau diminum betul pada masanya, dapat memberikan manfaat pada tubuh. Saya kongsi dengan anda bagaimana cara dan bilakah masa yang seelok-eloknya kita minum air.
minum air
Tips Minum Air Terbaik

  • Minum sejurus bangun tidur
Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan @ mencergaskan organ dalaman.
  • Minum 30 minit sebelum makan
Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
  • Minum sebelum mandi
Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.
  • Minum sebelum masuk tidur
Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.
Kepada yang malas @ liat nak minum air masak (macam saya…huhu) khususnya, eloklah amalkan cara minum seperti yang diterangkan.
InsyaAllah, sama-sama lah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.
selalu minum air
* Sedikit pesanan untuk orang Islam :
Dalam kita mengamalkan tips diatas, kita mesti yakin bahawa air atau apa saja tu semua tak berikan sebarang manfaat atau mudarat pada kita melainkan dengan izin Allah semata-mata. Jangan tersalah yakin pula yer. Kita hanya berusaha, Allah yang berhak memberikan kesannya.
SUMBER : PakarHowTo.com

Rabu, 4 Januari 2012

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...