Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas
dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan
kolestrol dalam darah.
Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan
semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan
halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air
panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya
sebagai amalan harian.
Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti
limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan
lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.
Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari.
Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi
phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak
baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.
Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan
sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada
mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.
Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar
kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya
khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang
disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun
tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.
Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan
mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan
meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi
mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin,
vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.
Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan
dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin
E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik.
Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.
Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi
untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap
hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.
Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci
tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi.
Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol
lemak baik.
Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan
boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.
Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol
dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit
jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu
sumber diet rendah lemak.
Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu.
Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi
anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh
meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam
daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan
sesetengah minyak sayuran.
Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara
keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang.
Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan
lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.
Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih
baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta,
bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan
kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam
sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.
Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh
diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol
daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber
tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai
kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh
mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.
Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan
kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga
dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan
kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres