Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Ahad, 26 Disember 2010

SIAPA DIRI KITA ???????

Latihlah Diri Anda  Marilah kita melatih diri kita menjadi pengamal Islam  sebenar. Adakah kita telah terdidik dan  mempraktikkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Mari kita semak dari senarai di bawah, apakah diri kita telah terdidik dengan kehidupan dan sifat orang Islam sebenar?  

1.  Jika anda mendirikan solat, maka anda amat khusyuk. Fikiran penuh tertumpu pada Allah, tidak mengingati  perkara keduniaan.  
2.  Jika anda mendengar kesusahan orang, baik sakit atau masalah hidup, maka anda begitu terbuka untuk membantu.  
3.  Dipenghujung hari, sebelum tidur anda selalu mengingati kembali berapa banyak dosa dilakukan pada hari tersebut lantas anda bertaubat sebelum tidur.  
4.  Anda selalu mengingati  hari kematian yang akan tiba, dengan itu sentiasalah anda berfikir dan mencari-cari jalan untuk melakukan amalan baik.  
5.  Anda selalu menghitung rezeki yang Allah berikan dan menghitung sebanyak mana pula telah dikembalikan ke jalan Allah.  
6.  Anda mengingati kembali orang-orang yang pernah anda lakukan dosa dan kejahatan kepada mereka baik secara umpatan dan kata nista, bahkan juga dengan tangan serta perbuatan lain yang menyakiti mereka. Lantas anda memohon maaf kepada mereka atau kaum keluarganya jika ia telah meninggal.  
7.  Anda merasa tenang menghadapi kesakitan dan kesusahan yang ditimpakan kepada anda atau kaum keluarga anda kerana anda sedar inilah kifarat Allah kepada perbuatan anda atau ujian Allah .   
8.  Anda dapat bersabar dan rasa insaf bila apa yang anda inginkan tidak tercapai. Anda merasa sedar akan kelemahan diri dan menggantungkan seluruh hidup ini atas pemberian Allah.  
9.  Anda sentiasa reda dan bersabar dengan rezeki yang Allah berikan walaupun dirasakan tidak mencukupi.  10. Anda bersyukur bila menerima rezeki dari Allah dan berazam untuk membelanjakannya kerana Allah.  11.Jika anda miskin atau tidak mencukupi dalam belanja harian, anda tetap bersyukur, bahkan merasa senang kerana tidak perlu bersusah payah mentadbir harta yang banyak atau berbimbang kerananya. 
12.Anda merasa senang hati atau bersabar meskipun ada orang yang mencaci anda di belakang anda bahkan anda mendoakan agar orang tersebut diberikan keinsafan dan kesejahteraan.  
13.Anda turut gembira jika orang lain diberikan kesenangan oleh Allah dan sedikit pun tidak timbul rasa iri hati.  
14.Anda akan merasa tenang dan bersabar jika harta anda hilang atau musnah kerana anda merasakan itu adalah kehendak Allah setelah anda berusaha menjaganya. Anda tidak berburuk sangka kepada Allah sebaliknya reda dengan apa yang berlaku. 
15.Anda akan sentiasa berserah kepada Allah atas apa yang berlaku. Anda akan terus berusaha dan berikhtiar sambil menilai diri, menadah tangan memohon keampunan dosa, tidak berputus harap dan sentiasa merasakan kerdilnya diri ini di sisi Allah.  Berapakah ciri yang disebut di atas, anda miliki atau anda amalkan? Kenapa tidak semua diamalkan sedangkan kesemuanya adalah amalan baik?  "Berazamlah untuk melakukannya!!!" 
SUMBER PPDKMY.NET

Sabtu, 4 Disember 2010

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah


Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
-
Doa Awal Tahun

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Berikut adalah Doa Awal Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Ahad, 28 November 2010

ASYURA

PENGERTIAN ASYURA

 Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataanArab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan olehMuhammad s.a.w.

SEJARAH ASYURA

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah keMadinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
§                     Hari pertama Allah menciptakan alam.
§                     Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
§                     Hari pertama Allah menurunkan hujan.
§                     Allah menjadikan 'Arasy.
§                     Allah menjadikan Luh Mahfuz.
§                     Allah menjadikan Malaikat Jibril.
§                     Nabi Adam a.s. dicipta.
§                     Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
§                     Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
§                     Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
§                     Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
§                     Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
§                     Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
§                     Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
§                     Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
§                     Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
§                     Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
§                     Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
§                     Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
§                     Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
§                     Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
§                     Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

PERKARA SUNAT YANG DILAKUKAN PADA HARI ASYURA

1.       Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2.       Memuliakan fakir miskin
3.       Menahan marah
4.       Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
5.       Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6.       Bersedekah
7.       Memelihara kehormatan diri
8.       Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.       Bercelak
10.   Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11.   Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12.   Menjamu orang berbuka puasa
13.   Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

DOA PADA HARI ASYURA
Mari manfaatkan DOA hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa.
حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Ertinya....
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

sumber..wikipidia

Selasa, 16 November 2010

BAHAYA MEROKOK

“MEROKOK ADALAH HARAM” 

Kenapa Masih Menpertikaikan Lagi ????

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah ……. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur. 

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashimâ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain. 

SEBELUM TU KENALI APA ITU ROKOK ???

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam bagi penduduk dunia. Manakala kadar-kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, mereka terus naik di bahagian yang sedang membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh separuh dari 1965 hingga 2006 jatuh daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa.  Dalam pembangunan dunia, penggunaan tembakau sedang meningkat 3.4% pada setiap tahun.


(Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu)



10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak) 

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ................... 

Firman Allah s.w.t. :

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" (An-Nisa' : 29)

Hadith Rasullulah s.a.w. :


"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam"

Tinggalkan..... rokok..... durjana..... selagi hayat di kandung badan.......

"Apa alasan kita kepada Allah swt..... jika kita mati kerana ROKOK!“

“MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”
“MEROKOK MERACUN DIRI”
“MEROKOK MEMBUNUH DIRI”
 
 

Jumaat, 22 Oktober 2010

CARA HADAPI MASALAH NYAMUK


Kenali Siapa Nyamuk Dulu.......

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Nyamuk Aedes aegypti
Lihat teks.

Nyamuk adalah
serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 35 genera yang merangkumi 2700 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.
Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).
Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain.
Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies - dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupae biasanya seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thorakis ( thoracic ) terdapat pada gelung thorakis. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti Wyeomyia hidup dalam keadaan luar biasa. Jentik-jentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan epifit ( epiphytic bromeliad ) atau di dalam air tergenang dalam pokok periuk kera. Jentik-jentik spesies genus Deinocerites hidup di dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.
Kebanyakan kawalan nyamuk moden tidak lagi bergantung kepada racun serangga merbahaya tetapi menjurus kepada organisma khusus yang memakan nyamuk, atau menjangkiti mereka dengan penyakit yang membunuh mereka. Kaedah tersebut boleh digunakan walaupun di Kawasan Perlindungan, seperti "Forsyth refuge" dan Seaview Marriott Golf Resort, di mana kawalan nyamuk utama dilaksanakan dan dipantau menggunakan "killifish" dan belut muda. Keberkesanannya didokumen dengan menggunakan mikroskop maju bawah air seperti ecoSCOPE. Bagaimanapun, wabak penyakit bawaan nyamuk masih menyebabkan penyemburan dengan bahan kimia yang kurang beracun (toksik) berbanding yang digunakan pada masa lalu.
Pepatung ( Dragonfly ), juga dikenali sebagai helang nyamuk ( mosquito hawks ), merupakan agen pengawal yang berkesan. Larva Pepatung (naiads) memakan jentik-jentik dalam takungan air sementara pepatung dewasa pula memburu dan memakan nyamuk dewasa, terutamanya nyamuk harimau asia yang terbang pada waktu siang. Penyemburan nyamuk boleh memburukkan keadaan dan meningkatkan populasi nyamuk dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya penyemburan itu menghapuskan pepatung dan pemangsa semulajadi yang lain.
Sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat. Virus Nil Barat disebarkan secara tidak sengaja ke Amerika Syarikat pada tahun 1999 dan pada tahun 2003 telah merebak keseluruh negeri dalam Amerika Syarikat.
Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5 km/h.
Penghalau nyamuk biasanya mempunyai kandungan aktif berikut: DEET, sulingan minyak Catnip - Nepetalactone, Citronella atau sulingan minyak eucalyptus.

Bibliography
  • Gillett, J. D. 1972. The Mosquito: Its Life, Activities and Impact on Human Affairs. Doubleday, Garden City, NY, 358 p. ISBN 0-385-01179-2
  • Spielman, A., and M. D'Antonio. 2001. Mosquito: A Natural History of Our Most Persistent and Deadly Foe. Hyperion Press, New York, 256 p. ISBN 0-7868-6781-7
Pautan luar



CARA MUDAH DAN MURAH MEMERANGKAP NYAMUK

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar perbagai penyakit mematikan. Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang
efisien dan bahkan membawa dampak sampingan yang serius.

         Berikut ini cara
MUDAH dan MURAH yang mesti dicuba. Bahan-bahannya pula mudah didapati di kedai runcit berhampiran.

Sangat KREATIF bila dikenalkan pada para pelajar sekolah sebagai projek atau satu langkah program kempen menghapuskan nyamuk di sekolah dan di rumah masing-masing.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

1.  200 ml air 

2.  50 gram gula merah 

3.  1 gram ragi

4.  1 botol plastik 1,5 liter


LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas atau mulut botol. 

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan 
    Kemudian tuangkan di separuh bahagian potongan bawah botol.

   


3. Tambahkan ragi. Tidak perlu diaduk. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
    
  4. Pasang dan masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi
    terbalik seperti corong. Pastikan mulut botol tidak mencecah air campuran.
     
   
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bahagian atas dan
    diletakkan di beberapa sudut rumah Anda.
 
6.  Dalam dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam   
     botol. Mak oooi banyak betul.
    
  "Hapuskan Nyamuk Aedes dan Demam Denggi”


Selamat mencuba…..
                            dan wawarkan kepada sesiapa….
                                                                                  Selamat Berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...