Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Ahad, 26 Disember 2010

SIAPA DIRI KITA ???????

Latihlah Diri Anda  Marilah kita melatih diri kita menjadi pengamal Islam  sebenar. Adakah kita telah terdidik dan  mempraktikkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Mari kita semak dari senarai di bawah, apakah diri kita telah terdidik dengan kehidupan dan sifat orang Islam sebenar?  

1.  Jika anda mendirikan solat, maka anda amat khusyuk. Fikiran penuh tertumpu pada Allah, tidak mengingati  perkara keduniaan.  
2.  Jika anda mendengar kesusahan orang, baik sakit atau masalah hidup, maka anda begitu terbuka untuk membantu.  
3.  Dipenghujung hari, sebelum tidur anda selalu mengingati kembali berapa banyak dosa dilakukan pada hari tersebut lantas anda bertaubat sebelum tidur.  
4.  Anda selalu mengingati  hari kematian yang akan tiba, dengan itu sentiasalah anda berfikir dan mencari-cari jalan untuk melakukan amalan baik.  
5.  Anda selalu menghitung rezeki yang Allah berikan dan menghitung sebanyak mana pula telah dikembalikan ke jalan Allah.  
6.  Anda mengingati kembali orang-orang yang pernah anda lakukan dosa dan kejahatan kepada mereka baik secara umpatan dan kata nista, bahkan juga dengan tangan serta perbuatan lain yang menyakiti mereka. Lantas anda memohon maaf kepada mereka atau kaum keluarganya jika ia telah meninggal.  
7.  Anda merasa tenang menghadapi kesakitan dan kesusahan yang ditimpakan kepada anda atau kaum keluarga anda kerana anda sedar inilah kifarat Allah kepada perbuatan anda atau ujian Allah .   
8.  Anda dapat bersabar dan rasa insaf bila apa yang anda inginkan tidak tercapai. Anda merasa sedar akan kelemahan diri dan menggantungkan seluruh hidup ini atas pemberian Allah.  
9.  Anda sentiasa reda dan bersabar dengan rezeki yang Allah berikan walaupun dirasakan tidak mencukupi.  10. Anda bersyukur bila menerima rezeki dari Allah dan berazam untuk membelanjakannya kerana Allah.  11.Jika anda miskin atau tidak mencukupi dalam belanja harian, anda tetap bersyukur, bahkan merasa senang kerana tidak perlu bersusah payah mentadbir harta yang banyak atau berbimbang kerananya. 
12.Anda merasa senang hati atau bersabar meskipun ada orang yang mencaci anda di belakang anda bahkan anda mendoakan agar orang tersebut diberikan keinsafan dan kesejahteraan.  
13.Anda turut gembira jika orang lain diberikan kesenangan oleh Allah dan sedikit pun tidak timbul rasa iri hati.  
14.Anda akan merasa tenang dan bersabar jika harta anda hilang atau musnah kerana anda merasakan itu adalah kehendak Allah setelah anda berusaha menjaganya. Anda tidak berburuk sangka kepada Allah sebaliknya reda dengan apa yang berlaku. 
15.Anda akan sentiasa berserah kepada Allah atas apa yang berlaku. Anda akan terus berusaha dan berikhtiar sambil menilai diri, menadah tangan memohon keampunan dosa, tidak berputus harap dan sentiasa merasakan kerdilnya diri ini di sisi Allah.  Berapakah ciri yang disebut di atas, anda miliki atau anda amalkan? Kenapa tidak semua diamalkan sedangkan kesemuanya adalah amalan baik?  "Berazamlah untuk melakukannya!!!" 
SUMBER PPDKMY.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...