Ads Nuffnang

Ads Nuffnang

Isnin, 26 Mac 2012

16 KEBAIKAN SUJUD DALAM SOLAT

 

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. 

   1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada 
       tempat asalnya. 
   2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
   3. Melegakan sakit hernia. 
   4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
   5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
   6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan 
       sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan  
       bahagian belakang tubuh.  
   7. Meringankan bahagian pelvis.  
   8. Memberi dorongan supaya mudah tidur. 
   9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan 
      sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan 
      ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan 
      memastikan kelancaran perjalanan darah. 
  10 Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih 
      baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit 
      buah dada. 
  11.Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan. 
  12.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita 
      bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar 
      daripada sakit gelombang perut.(Convulsions). 
  13.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan 
      darah dan oksigen.  
  14.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah 
      ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah  
      dan sebagainya.  
  15.Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di 
      hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak 
      takbur dan sebagainya. 
  16.Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan 
      menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan 
      pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal 
      fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
    Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. 
    Wallahu a’lam.

    SUMBER : http://www.harian-metro-online.com

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...