Di
akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam
neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya
supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab
yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan
dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila
si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang
alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan
turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan
adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram
dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka
kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga
seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang
muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah
tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau
tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada
kita…wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan